Ayat
Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan
berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat Tanya dapat
digolongkan kepada daua jenis, iaitu;
1.
Ayat Tanya tanpa kata Tanya
Ayat Tanya tanpa kata Tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan
nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada
Tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).
Contoh-contoh ayat;
a. Kamu takut?
b. Bapa kamu ada?
c. Encik Kamal
belum pulang?
d. Anuar kemalangan?
e. Kedai kain itu
terbakar?
f. Kereta besar itu
bapa kamu punya?
g. Abang makan tiga
ketul ayam goreng itu?
h. Kamu nampak
seekor kucing hitam lalu di sini?
i. Itu kasut kamu?
j. Adik masih
sakit?
2.
Ayat Tanya dengan unsur tanya
Ayat Tanya dengan unsur tanya ialah ayat tanya yang mengandungi unsur
seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana,
di mana dan sejak bila. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan,
iaitu;
a. Ayat Tanya
dengan kata tanya.
b. Ayat Tanya
dengan kata ganti nama diri tanya
c. Ayat Tanya
dengan frasa sendi nama tanya.
a)
Ayat Tanya dengan kata
Tanya
Ayat Tanya dengan kata Tanya ialah ayat yang mengandungi kata Tanya
seperti berapa, bila,
bagaimana, mengapa dan kenapa. Dalam susunan biasa, kata Tanya menduduki
unsur predikat seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
·
Harga barang ini berapa?
·
Awak datang lambat kenapa?
·
Yang berbaju merah itu siapa/
Ayat di atas, lazimnya, mengalami
proses pendepanan untuk menghasilkan ayat yang berikut:
·
Berapa harga barang ini?
·
Kenapa awak dating lambat?
·
Siapa yang berbaju merah itu?
b)
Ayat Tanya dengan kata
ganti nama diri Tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama
Tanya seperti apa, siapa dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama Tanya
menduduki bahagian predikat seperti contoh:
·
Benda itu apa?
·
Siapa gurunya?
Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat
tersebut perlu menerima partikel –kah pada unsur yang dikedepankan seperti:
·
Apakah benda
itu?
·
Siapakah
gurunya?
c)
Ayat Tanya dengan frasa
sendi nama Tanya.
Ayat jenis ini terdiri daripadaayat yang didahului oleh frasa sendi nama
tanya seperti di mana, dari mana, kemana,
sejak bila, sampai bila dan
sebagainya. Contohnya:
·
Tuan tinggal di
mana?
·
Mereka datang dari
mana?
·
Anak Pak Mat bertunang dengan siapa?
Ayat di atas boleh mengalami proses
pendepanan predikat dengan partikel –kah
untuk menghasilkan ayat seperti berikut:
·
Di manakah tuan tinggal?
·
Dari manakah mereka dating?
·
Dengan siapakah anak Pak Mat bertunang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan