Ahad, 30 November 2014

AYAT PERINTAH


Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Terdapat 4 jenis ayat perintah:
1.      Ayat suruhan
2.      Ayat larangan
3.      Ayat silaan
4.      Ayat permintaan

Contoh 1 : Ayat Suruhan
a.       Keluar dari bilik ini!
b.      Pergi dari sini!
c.       Jaga barang-barang ini.
d.      Pujuk budak yang menangis itu
e.       Engkau tunggu dia di sini.

Contoh 2 :  Ayat Larangan
a.       Janganlah ambil harta orang.
b.      Kamu janganlah beritahu dia.
c.       Awak tak usahlah datang lagi.
d.      Usahlah kau pedulikan dia.
e.       Usahlah dikenang perkara yang telah lalu.

 Contoh  3  :  Ayat Silaan
a.       Sila datang ke rumah saya.
b.      Sila buat laporan polis tentang peristiwa itu di sini.
c.       Jemput masuk.
d.      Jemput minum the yang terhidang itu.
e.       Jemputlah naik.

Contoh  4  :  Ayat Permintaan.
a.       Minta tuan-puan jelaskan yuran persatuan.
b.      Tolong tutup pintu itu.
c.       Tolong hantar jawapan kamu sebelum hari Isnin.
d.      Minta kamu semua bertenang.

e.       Jangan berludah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan