Jom Belajar Tatabahasa
Rabu, 3 Disember 2014
Ahad, 30 November 2014
Latihan
Pilih jawapan yang BETUL:
1. “Wah, ….. indah pemandangan di puncak gunung ini!” kata Faizal
A. benar sekali C. sungguh nian
B. terlalu amat D. terlalu paling
2. “…….ambil makanan yang terhidang di meja itu,” kata ibu kepada tetamunya.
A. Tolong C. Harap
B. Minta D. Sila
3. “Doktor Rusdi ada di klinik? Saya ingin berjumpa dengan ……,” Tanya Amran kepada jururawat itu.
A. dia C. kamu
B. anda D. beliau
4. A. Siapakah nama bapa kamu?
B. Siapakah nama? Bapa kamu?
C. Siapakah nama bapa? Kamu.
D. Siapakah nama bapa, kamu?
5. A. “ Jangan pijak rumput di situ. Adib,” kata kakak.
C. “Jangan pijak rumput, di situ, Adib,” kata kakak
D. “Jangan! Pijak rumput di situ, Adib,” kata kakak
E. “ Jangan pijak rumput di situ Adib,” kata kakak
C. “Jangan pijak rumput, di situ, Adib,” kata kakak
D. “Jangan! Pijak rumput di situ, Adib,” kata kakak
E. “ Jangan pijak rumput di situ Adib,” kata kakak
6. A. Wahai anak-anakku janganlah membuang masa dengan sia-sia!
C. Wahai anak-anakku, janganlah mem,buang masa dengan sia-sia!
D. Wahai anak-anakku, janganlah membuang masa dengan sia-sia.
E. Wahai, anak-anakku! Janganlah membuang masa dengan sia-sia.
C. Wahai anak-anakku, janganlah mem,buang masa dengan sia-sia!
D. Wahai anak-anakku, janganlah membuang masa dengan sia-sia.
E. Wahai, anak-anakku! Janganlah membuang masa dengan sia-sia.
7. A. “ Anis mari ke sini!” kata ibu.
B. “ Anis, mari ke sini!” kata ibu.
C. “ Anis, mari ke sini!” kata ibu.
D. “ Anis! Mari ke sini!” kata ibu
AYAT TANYA
Ayat
Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan
berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat Tanya dapat
digolongkan kepada daua jenis, iaitu;
1.
Ayat Tanya tanpa kata Tanya
Ayat Tanya tanpa kata Tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan
nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada
Tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).
Contoh-contoh ayat;
a. Kamu takut?
b. Bapa kamu ada?
c. Encik Kamal
belum pulang?
d. Anuar kemalangan?
e. Kedai kain itu
terbakar?
f. Kereta besar itu
bapa kamu punya?
g. Abang makan tiga
ketul ayam goreng itu?
h. Kamu nampak
seekor kucing hitam lalu di sini?
i. Itu kasut kamu?
j. Adik masih
sakit?
2.
Ayat Tanya dengan unsur tanya
Ayat Tanya dengan unsur tanya ialah ayat tanya yang mengandungi unsur
seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana,
di mana dan sejak bila. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan,
iaitu;
a. Ayat Tanya
dengan kata tanya.
b. Ayat Tanya
dengan kata ganti nama diri tanya
c. Ayat Tanya
dengan frasa sendi nama tanya.
a)
Ayat Tanya dengan kata
Tanya
Ayat Tanya dengan kata Tanya ialah ayat yang mengandungi kata Tanya
seperti berapa, bila,
bagaimana, mengapa dan kenapa. Dalam susunan biasa, kata Tanya menduduki
unsur predikat seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
·
Harga barang ini berapa?
·
Awak datang lambat kenapa?
·
Yang berbaju merah itu siapa/
Ayat di atas, lazimnya, mengalami
proses pendepanan untuk menghasilkan ayat yang berikut:
·
Berapa harga barang ini?
·
Kenapa awak dating lambat?
·
Siapa yang berbaju merah itu?
b)
Ayat Tanya dengan kata
ganti nama diri Tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama
Tanya seperti apa, siapa dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama Tanya
menduduki bahagian predikat seperti contoh:
·
Benda itu apa?
·
Siapa gurunya?
Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat
tersebut perlu menerima partikel –kah pada unsur yang dikedepankan seperti:
·
Apakah benda
itu?
·
Siapakah
gurunya?
c)
Ayat Tanya dengan frasa
sendi nama Tanya.
Ayat jenis ini terdiri daripadaayat yang didahului oleh frasa sendi nama
tanya seperti di mana, dari mana, kemana,
sejak bila, sampai bila dan
sebagainya. Contohnya:
·
Tuan tinggal di
mana?
·
Mereka datang dari
mana?
·
Anak Pak Mat bertunang dengan siapa?
Ayat di atas boleh mengalami proses
pendepanan predikat dengan partikel –kah
untuk menghasilkan ayat seperti berikut:
·
Di manakah tuan tinggal?
·
Dari manakah mereka dating?
·
Dengan siapakah anak Pak Mat bertunang?
AYAT PENYATA
Ayat
penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat
penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan penerangan tentang sesuatu
hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh-contoh
ayat penyata;
1.
Dia guru.
2.
Nadia wartawan.
3.
Kakak sedang tidur.
4.
Nasi itu hangit.
5.
Adik menangis.
6.
Pengawal keselamatan itu tersenyum.
7.
Bunga ros itu wangi.
8.
Pokok itu tumbang.
9.
Pak Abu tinggal di rumah besar itu.
10.
Pesakit itu sedang dirawat.
11.
Semalam hujan lebat.
12.
Ikan di dalam kolam itu habis mati.
AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada
atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keaadaan seperti takut,
marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan inidigambarkan
dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama
ada ayat itu didahului dengan kata seru atau tidak. Kata seru yang sering
digunakan ialah oh, amboi, wah, cis,
aduh, syabas dan sebagainya.
Contohnya :
1.
Anakku !
2.
Comelnya !
3.
Oh Tuhanku !
4.
Amboi, garangnya !
5.
Ibu !
6.
Aduh, bisanya !
7.
Nah, ambillah wang ini !
8.
Syabas, engkau telah menag
!
9.
Cis, ambillah tikamanku !
10. Wah besarnya kereta abang !
·
Intonasi ialah nada suara
naik turun yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan kita sehari-hari,
nada suara kita jarang-jarang mendatar, tetapi sebaliknya berbeza-beza, adakalanya
meninggi dan adakalanya merendah. Bahkan satu ciri utama pertuturan manusia
ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi
percakapan kita dan keadaan emosi kita tatkala bercakap.
AYAT PERINTAH
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan. perintah
ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua
seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Terdapat 4
jenis ayat perintah:
1.
Ayat suruhan
2.
Ayat larangan
3.
Ayat silaan
4.
Ayat permintaan
Contoh 1 : Ayat
Suruhan
a.
Keluar dari bilik ini!
b.
Pergi dari sini!
c.
Jaga barang-barang ini.
d.
Pujuk budak yang menangis
itu
e.
Engkau tunggu dia di sini.
Contoh 2 : Ayat Larangan
a.
Janganlah ambil harta orang.
b.
Kamu janganlah beritahu dia.
c.
Awak tak usahlah datang lagi.
d.
Usahlah kau pedulikan dia.
e.
Usahlah dikenang perkara yang telah lalu.
Contoh
3 : Ayat Silaan
a.
Sila datang ke rumah saya.
b.
Sila buat laporan polis tentang peristiwa itu di sini.
c.
Jemput masuk.
d.
Jemput minum the yang terhidang itu.
e.
Jemputlah naik.
Contoh 4
: Ayat Permintaan.
a.
Minta tuan-puan jelaskan
yuran persatuan.
b.
Tolong tutup pintu itu.
c.
Tolong hantar jawapan kamu
sebelum hari Isnin.
d.
Minta kamu semua bertenang.
e.
Jangan berludah.
Langgan:
Catatan (Atom)